WAKAF AL-QURAN



 Wakaf Al-Quran

Kos RM50 bagi sebuah Al Quran(Saiz Besar).

 RM50/1 unit

Al Quran akan diwakafkan di Madinah atau Makkah – keutamaan adalah madrasah Tahfiz & Pengajian Kitab

Sekiranya berminat sila isi borang di sini

Renungan Bersama:
Mewakafkan Al-Quran adalah suatu perkara yang praktikal diamalkan. Setiap pembaca akan diganjarkan pahala mengikut setiap huruf yang dibaca. 1 huruf 10 hasanah(kebaikan)yang akan diperolehi oleh si pembaca. Tidak kurang juga pahala yang sama diperolehi oleh mereka yang sekadar mendengar pembacaan Al-Quran. Masya Allah begitu hebat ganjaran mereka yang terlibat dengan Al-Quran. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“TERBAIK antara kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” Al-Hadith
Cuba anda bayangkan…
Seorang hafiz menghafal Al-Quran dengan Al-Quran yang kita telah wakafkan. Ayat Al-Quran ada 6236 ayat keseluruhannya. Apa tiada sebarang ganjaran untuk para pewakaf Al-Quran?
Wakaf dimana pun tiada sebarang masalah, namun bagi sesiapa yang berminat untuk mewafkan Al-Quran di Tanah Suci dipersilakan. Tiada Paksaan.
Al Quran akan ditempatkan di tanah haram Madinah (1 buah) & Mekah (1 buah).
  1. Al-Quran akan diwakafkan kepada Mahad Tahfiz yang terpilih, di mana pelajar-pelajar akan menggunakan Al Quran untuk dihafal sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tidak ketinggalan Wakaf ini juga akan di serahkan Masjid 2 Tanah Haram termasuklah masjid-masjid di sekitarnya.
  2. Al Quran akan dibelikan daripada kilang Al Quran di Madinah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan